Muqaddimah

" Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang "

Segala pujian hanya untuk Allah s.w.t., Tuhan pemilik, pencipta dan pentadbir sekelian alam serta isinya. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Yang Mulia Nabi Muhammad s.a.w., ahli-ahli keluarga baginda, serta para sahabat baginda s.a.w. Tidak dilupakan juga Salam kepada semua umat baginda Rasulullah s.a.w.

Wahai hamba Allah s.w.t.,

Usaha-usaha penulisan di dalam laman ilmu ini dilakukan dengan niat semata-mata kerana Allah s.w.t., dalam keadaan waras, tanpa sebarang paksaan atau pun sifat meninggi diri. Ia hanyalah bertujuan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. dan berkongsi ilmu bagi manafaat bersama.

Maklumat-maklumat di dalam laman ini juga bersumberkan dari kitab-kitab sahih dan tidak sedikit pun dari pemikiran hamba yang cetek ini apalah lagi dari hawa nafsu. Namun begitu jika terdapat sebarang kesilapan dan kesalahan terhadap ilmu-ilmu yang dikongsikan ini maka adalah diharapkan ia dapat diperbetulkan bagi memastikan kesahihanya.

Kepada isteri/ anak-anak/ cucu-cucu/ cicit-cicit/ ahli keluarga terdekat yang tercinta, sekiranya hamba dijemput untuk bertemu Allah s.w.t. dahulu, adalah diharapkan kamu semua berpegang teguh kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. serta meneruskan usaha dakwah dengan ikhlas kerana Allah s.w.t.

Akhir kata, segala yang baik daripda Allah s.w.t. dan yang tidak baik itu daripada kelemahan hamba sendiri. Mohon diperbetulkan. Semoga Allah s.w.t. sentiasa meredhai kita di dunia dan di akhirat. Insya-Allah!


Salam ukhuwah,
AMIRUL ASYRAF Bin Ahmad Nawir
22 Muharram 1435 Hijrah (25 November 2012)

No comments:

Post a Comment