Hamba Allah

" Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang "


AMIRUL ASYRAF Bin Ahmad Nawir dilahirkan pada 05 Ramadhan 1408 Hijrah bersamaan 22 April 1988 iaitu pada hari Jumaat di Hospital Besar Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau merupakan anak pertama daripada enam adik-beradik (4 Lelaki & 2 Perempuan). Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama pasangannya pada tahun 2012 dan kini menetap di Putrajaya, Malaysia.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Semenyih, Selangor dan Sekolah Rendah Agama Islam Semenyih, Selangor sebelum meneruskan pengajian peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain, Selangor dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah, Terengganu.

Beliau kemudiannya meyambung pengajiannya di peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Malaysia dalam jurusan senibina dan mendapat pengiktirafan dari Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) dan Royal Institute British Architect (RIBA). Oleh kerana minat yang mendalam terhadap pemajuan hartanah, beliau telah mengikuti kursus jangka pendek di dalam bidang ini yang dianjurkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM).

Kini bertugas sebagai Eksekutif Kanan Projek di Sunway Property Group yang merupakan syarikat multi-nasional dengan kapasiti 12,000 orang pekerja di serata dunia. Selain itu, beliau juga turut aktif di dalam aktiviti sukarelawan secara separuh masa bersama Malaysian Relief Agency (MRA). Beliau juga telah diberi tanggungjawab sebagai Bendahari Surau Al-Najihin, Putrajaya dan Ahli Jawatan Kuasa Perancangan dan Pembangunan Tabung Kebajikan Keluarga Haji Jantan.

Berikut adalah pengajian kuliyah yang diikuti di Surau Al-Najihin, Putrajaya:
Al-Fadhil Ustaz Dr. Al'ikhsan Ghazali - Kitab Fiqh Manhaj
Al-Fadhil Ustaz Nazri Mohd Noh - Kitab Al Qaulu Tam Fi Ahkam Al Makmum Wal Imam
Al-Fadhil Ustaz Mohd Yusuf Musa - Kitab Siyarus Salikin
Al-Fadhil Ustaz Gunawan Che Abdul Aziz - Pengajian Hadis
Al-Fadhil Ustaz Hasnol Abu Bakar - Pengajian Hadis Qudsi
Al-Fadhil Ustaz Abdul Razak Abdul Rahman - Pengajian Umum
Al-Fadhil Ustaz Khairul Naim Che Nordin - Kitab Fiqh Al-Sirah
Al-Fadhil Ustaz Mohd Sofian Mohd Farid - Tafsir Al-Quran
Al-Fadhil Ustaz Fairuz Ridzuwan Jamaludin - Kitab Tajwid Al Quran (Resm Uthmani)
Al-Fadhil Ustaz Su'aimi Abdullah - Pengajian Umum

* Maklumat lanjut sila klik: Surau Al-Najihin, Putrajaya

 

No comments:

Post a Comment